Thursday, January 2, 2020

SESIBUK MANA PUN KITA, JANGAN LUPA ALLAH

Siapa pun kita, apa pun pangkat atau profesion kita ingat kalau kita ini hamba Allah jangan sampai mengabaikan perintah-perintah Allah. Terutamanya SOLAT kerana solat adalah tiang agama. Solat adalah asas kepada ibadah-ibadah yang lain.



Jadi sesibuk mana pun kita, ingatlah bahawa yang memberikan rezeki itu adalah Allah. Maka jangan sesekali kita meninggalkan Nya. Jangan sampai hanya mengejar rezeki, sampai kita lupa kepada Yang Memberi Rezeki yakni ALLAH.



Sebanyak mana pun rezeki yang kita perolehi, harta yang kita miliki atau jawatan pangkat yang kita banggakan, itu adalah pemberian Allah. Jangan disebabkan pemberian dari Allah ini, kita sombong dengan Allah.

Dekatilah Allah sambil berusaha sebaik mungkin untuk mencari rezeki dah keredhaan Allah. Jika kita mengejar akhirat, akhirat dan dunia akan datang kepada kita. InshaAllah 😊

No comments:

Post a Comment